Monday, 14 November 2016

Wednesday, 12 October 2016

Majlis Bacaan Yassin PT3, SPM dan STPM 2016

No comments:
Oktober 6, 2016 - Program Menggapai Kecemerlangan, Bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diadakan dengan cemerlang atas kerjasama SMK Perlis dengan Masjid Saidina Umar al-Khattab di Kampung Guar. Ceramah Motivasi “Menggapai Kecemerlangan” telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamaradin bin Mohd. Napiah, Imam Masjid Saidina Umar al Khattab.

Seramai 500 orang ibu bapa dan waris  serta calon peperiksaan PT3, SPM dan STPM telah hadir untuk program tersebut. Jamuan makan turut disediakan. Tahniah kepada semua AJK dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.







Awal Muharram 1 Muharram 1438, 2 Oktober 2016

No comments:

Tahun Baru Hijriah tahun ini jatuh pada 2 Oktober 2016(Sabtu).
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Sumber: https://zanas.wordpress.com/awal-muharram-doa-akhir-dan-awal-tahun/



Ada baiknya kita mengakhiri tahun ini dengan memanjatkan doa dan minta pengampunan.

Doa Akhir Tahun Hijriyah






Semoga bermanfaat.....


Majlis Ihya Ramadan, Tadarus Quran dan Sumbangan AidilFitri

No comments:
Julai 6, 2016 - Surau SMK Perlis telah disemarakkan dengan program Tadarus Quran bersempena Bulan Ramadan yang barokah. Para pelajar mengadakan tadarus secara bergilir-gilir mengikut kelas yang ditetapkan, di samping terdapat pelajar yang datang sendiri ke surau bertadarus jika ada waktu terluang.

Program ini dikendalikan oleh Ustazah Siti Rosmah, Ustazah Noor Seri, Ustazah Sakinah, Ustazah Azwaniza dan Ustaz Abdul Samad. Guru-guru lain yang berkelapangan juga turut hadir.

Pada hari ini, terdapat  majlis yang digabungkan iaitu Majlis Ihya Ramadan yang diisi dengan slot ceramah dari penceramah luar, Tadarus Quran dan pemberian sumbangan Aidilfitri.




Thursday, 7 April 2016

Saturday, 12 March 2016

 
back to top