Mac 9, 2016 (Rabu) bersamaan 29 Jamadil Awwal 1437H - Satu fenomena gerhana matahari separa telah berlaku.
Fenomena gerhana matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar diangkasa lepas; bhumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari. Namun, di Malaysia akan kelihatan sebahagian besar matahari tertutup dan fenomena ini dikenali sebagai gerhana matahari separa.
Sempena fenomena ini, umat Islam disunatkan melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari dan khutbah pada waktu gerhana berlaku dann memperbanyakkan amalan-amalan soleh seperti bersedekah, berzikir dan berdoa.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Perlis
Di SMK Perlis, solat sunat gerhana telah dilakukan pada jam 9.00 pagi. Ia disertai oleh ramai guru dan pelajar-pelajar. Solat ini diimamkan oleh Ustaz Abdul Samad bin Said. Setelah selesai solat sunat, para pelajar kembali menduduki peperiksaan Ujian 1.