Thursday, 27 October 2016
Wednesday, 12 October 2016
Majlis Bacaan Yassin PT3, SPM dan STPM 2016
Oktober 6, 2016 - Program Menggapai Kecemerlangan, Bacaan Yassin dan Solat Hajat telah diadakan dengan cemerlang atas kerjasama SMK Perlis dengan Masjid Saidina Umar al-Khattab di Kampung Guar. Ceramah Motivasi “Menggapai Kecemerlangan” telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamaradin bin Mohd. Napiah, Imam Masjid Saidina Umar al Khattab.
Seramai 500 orang ibu bapa dan waris serta calon peperiksaan PT3, SPM dan STPM telah hadir untuk program tersebut. Jamuan makan turut disediakan. Tahniah kepada semua AJK dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
Seramai 500 orang ibu bapa dan waris serta calon peperiksaan PT3, SPM dan STPM telah hadir untuk program tersebut. Jamuan makan turut disediakan. Tahniah kepada semua AJK dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
Johan Negeri dalam Pertandingan Nasyid 2016
Oktober 10, 2016 - Kumpulan Nasyid SMK Perlis iaitu kumpulan Soutul Khalifah, di bawah Persatuan Agama Islam telah berjaya memperoleh Johan dalam Festival Kesenian Peringkat Negeri Perlis 2016. Majlis berlangsung di Dewan Warisan, Kangar.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Awal Muharram 1 Muharram 1438, 2 Oktober 2016
Tahun Baru Hijriah tahun ini jatuh pada 2 Oktober 2016(Sabtu).
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.Sumber: https://zanas.wordpress.com/awal-muharram-doa-akhir-dan-awal-tahun/
Ada baiknya kita mengakhiri tahun ini dengan memanjatkan doa dan minta pengampunan.
Doa Akhir Tahun Hijriyah
Semoga bermanfaat.....
Majlis Sambutan Hari Raya Korban di SMK Perlis
September 14, 2016 telah diadakan sambutan Hari Raya Korban di sekolah. Majlis diadakan di kantin. Ramai pelajar dan guru hadir untuk bergotong-royong menyediakan bahan dan memasak daging korban untuk dijamu kepada semua yang hadir.
Majlis Ihya Ramadan, Tadarus Quran dan Sumbangan AidilFitri
Julai 6, 2016 - Surau SMK Perlis telah disemarakkan dengan program Tadarus Quran bersempena Bulan Ramadan yang barokah. Para pelajar mengadakan tadarus secara bergilir-gilir mengikut kelas yang ditetapkan, di samping terdapat pelajar yang datang sendiri ke surau bertadarus jika ada waktu terluang.
Program ini dikendalikan oleh Ustazah Siti Rosmah, Ustazah Noor Seri, Ustazah Sakinah, Ustazah Azwaniza dan Ustaz Abdul Samad. Guru-guru lain yang berkelapangan juga turut hadir.
Pada hari ini, terdapat majlis yang digabungkan iaitu Majlis Ihya Ramadan yang diisi dengan slot ceramah dari penceramah luar, Tadarus Quran dan pemberian sumbangan Aidilfitri.
Program ini dikendalikan oleh Ustazah Siti Rosmah, Ustazah Noor Seri, Ustazah Sakinah, Ustazah Azwaniza dan Ustaz Abdul Samad. Guru-guru lain yang berkelapangan juga turut hadir.
Pada hari ini, terdapat majlis yang digabungkan iaitu Majlis Ihya Ramadan yang diisi dengan slot ceramah dari penceramah luar, Tadarus Quran dan pemberian sumbangan Aidilfitri.
Program SUMUR : Bacaan Yassin
Mei 27, 2016 - SMK Perlis telah mengadakan program SUMUR iaitu minggu kedua setiap bulan. Pada kali ini, Majlis Bacaann Yassin diadakan bertempat di Arena Bicara. Program ini melibatkan semua guru dan pelajar yang beragama Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)